Friday 23 December 2011

Negeri jelapang padi..!!!



Wah3..nampaknya hujung minggu lepas..Kedah menjadi pilihan hati untuk bercuti..Alhamdulillah Ya Allah kerana daku diberi kesempatan menikmati dan merasai nikmat2Mu..

Huhu..ada benda penting sebenarnya nak pergi kedah nie..actually,tak sabar nak tengok sawah padi secara dekat..dan..teeettt..

Betapa hebatnya ujian sepanjang malam di dalam bas..agaknya pertama kali..huhu..dah masuk Negeri Kedah barulah aku boleh lelapkan mata dengan tenang dan lena..

Setiba di Negeri Jelapang padi dari Terminal Shahab Perdana kitorang disambut oleh pak teh dan mak teh..mamai2 turun bas tempat pertama yang kitorang pergi adalah Pasar Borong (seakan Pasar Borong Selayang) beroperasi dari 2pagi-9pagi..mak teh dan pak teh turun beli barang2 basah dan kitorang yang mamai tadi sambung tidur dalam kereta..

Perjalanan yang agak jauh dari Terminal Shahab Perdana ke Kota Sarang Semut..huhu..ingatkan dekat laa..jauh rupanya..Tiba di Kota Sarang Semut..solat subuh berjemaah di Surau Kg.Air Nyior..emm..tak sedar bila imam dah abis baca doa,rupanya aku dah sampai entah ke mana dah(rasa macam zaman sekolah dulu,imam baca doa lepas solat subuh..aku dah melayang entah ke mana..huhu)..kat surau neh kebiasaannya lepas solat subuh akan ada ala2 breakfast..lepas subuh tu kitorang menikmati nasi lemak bungkus laa..kemudian barulah ke rumah tiqah..ingatkan dari Terminal Shahab Perdana kitorang akan terus ke rumah tiqah..tapi..banyak stesyen yang kitorang tempuh dulu..huhu

Tiba di rumah tiqah..kitorang rehat dan tidur sebentar..kemudian,fatin dan tiqah menaiki gerek(basikal) mengelilingi kampung..teruja laa katakan..rafi tolong mak teh siang ikan..wahh best err bercuti kat kampung neh..yela dulu ada laa kampung cenggini..sekarang takde dah..huishh lagi bila jumpa air kolah..
Kebetulan hari ini ada pasar tani..kitorang menaiki cik kancil turquoise bersiar2 sekitar kota sarang semut..beshh err..beli makanan kat pasar tani..kemudian kitorang pergi tepi pantai yang surut..makan2 kat situ..




Selepas solat jumaat..kitorang jalan dengan keluarga tiqah mengelilingi sekitar Bandar Alor Setar..emm langit pun nampak segan2 nak panas..jadi kitorang berlari2 untuk tangkap gambar kat Pekan Rabu..alhamdulillah nasib baik kejap je hujan..jauh rupanya Muzium Padi neh..elok sampai kat Muzium Padi neh..tinggal 30minit je masa sebelum muzium padi neh tutup..ya allah lagi sekali kitorang berkejar kejaran nak tengok semua yang ada dalam muzium padi neh..amat menarik dan cukup teruja..nak lawat Pusat Aqua yang berhadapan dengan Muzium Padi neh tak sempat sebab dah tutup..lain kali je laa yeh..kemudian kitorang menziarahi tok sedara tiqah yang sedang nazak di hospital..tatkala menziarahi tok sedara tiqah neh..teringat semua apa yang aku dah belajar dan bentang tentang pengurusan jenazah waktu tutorial minggu tersebut..dan yang paling penting waktu neh,kita semua kena ingat bahawa setiap yang mula akan ada akhirnya..dan setiap yang hidup akan mati..

Selepas  ziarah tok sedara tiqah tu..kitorang bergambar di dataran depan Masjid Zahir,Muzium Adat,Balai Seni sambil menunggu masuknya waktu maghrib..selepas menunaikan solat maghrib di Masjid Zahir..kitorang berkelah laksa dan mee goreng depan Masjid Zahir sambil bergambar di ICT Alor Setar..cantik Bandar Alor Setar neh malam2..tengok Menara Alor Setar je laa yang mampu..tak sempat naik pun..haha..









Sakan penatnya berjalan seharian neh…bila melangkah masuk rumah je..emm..

Emm..awal2 pagi lagi kitorang dah masuk bendang..pengalaman yang tak dapat dilupakan..takut sangat nak masuk dalam bendang neh..ceh konon nak buat eksperimen bendang neh sedalam mana dan apa yang ada dalam bendang neh..jadi pagi tu kitorang merasmikan bendang pak teh..huhu..sampai terjatuh dalam bendang..ya allah baunya amatlah mengancam..haha..serius aku tak mau masuk dalam bendang lagi..tu pun pakai kasut bot setinggi lutut..tanpa kasut tu,aku tak tau laa apa jadi..geli!!!..punyanye nak minum air kelapa segar..merasa laa aku pulas buah kelapa dari pokok..hebat..pakai tangan je..

Kemudian kitorang ziarah tok sedara tiqah yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 12 malam semalam..kitorang tunggu dari jenazah dimandikan,dikafankan dan nak dihantar ke tanah perkuburan..lepas pada tu kitorang pergi kenduri kahwin abang aisyah kuddus..tahniah aisyah dapat kakak ipar yang pertama! Emm..kitorang solat di Surau Haji Jaffar berdekatan kenduri..




Seterusnya kitorang bertolak ke Gunung Jerai..jauh sangat dari Kota Sarang Semut..kitorang mendaki dan bergambar di kaki Gunung Jerai..suasana kat atas Gunung Jerai neh memang cantik dan nyaman..sejuk kat atas neh..tinggi dari paras laut tapi tak sampai laa ke puncaknya sebab kitorang mengejar masa nak pusing tempat lain lagi..kemudian kitorang melawat candi2 di Lembah Bujang..banyaknya candi..memandangkan ini tempat nenek moyang dan asal usul kedatangan orang india,maka pada hari yang kitorang lawat tempat neh..ramai laa pelawat2 india juga..huhu..kitorang lalu Merbok (UITM dan AIMST University) UITM Merbok ada karnival buah-buahan hari tu..maaf fiq..hanya mampu lalu di depan UITMmu sahaja..ada jodoh kita jumpa ehh..lepas tu kitorang ke Tanjung Dawai..
















Mulanya tengok Pantai Merdeka dari seberang je..lepas tu ajak pak teh nak tengok Pantai Merdeka..memberanikan diri menaiki bot walau fobia dengan air2 neh..huhu..best tau tak naik bot tu!!!..dalam masa yang singkat tu sempat kitorang berkelah kat Pantai Merdeka..berkelah dengan bihun sup yang mak teh masak dari rumah..dah makan..kitorang pun jalan2 kat expo dan karnival jualan kat situ..ramainya orang hujung minggu neh..










Sebelum pukul 6 petang,perkhidmatan bot untuk ke Jeti Tanjung Dawai dari Pantai Merdeka akan berakhir..jadi kitorang kembali semula ke Jeti Tanjung Dawai..kalau tak naya je kena bermalam kat pantai tu..huhu..tak mau..kemudian kitorang sempat lalu Pantai Murni..Pantai Murni neh selalu air pasang..orang sini panggil air besar..jadi memang tak boleh mandi laa..kitorang dapat lihat Pulau Bunting dari jauh je sebab hari pun dah nak malam kan..pulau neh seakan wanita hamil yang sedang baring..serius serupa..









Balik tu kitorang lalu Yan..tengok suasana sekitar je laa..kemudian lalu Sungai Petani..dan kitorang ziarah pak sedara tiqah di Hospital Sungai Petani..semoga cepat sembuh ye pak cik!..kemudian kitorang pulang ke Kota Sarang Semut..tu dia jauh kami berjalan seharian neh..sebelum sampai rumah tiqah,kitorang singgah kejap kat rumah mak sedara tiqah..huhu..sempat laa bergambar suasana matahari nak terbenam kat bendang neh..cantik!..lepas tu kitorang terus pulang ke rumah tiqah..siap2 untuk pulang ke Kelantan..






Malam tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa penatnya kitorang..kitorang menunggu bas di Terminal Shahab Perdana..dan tidur mati hingga Stesyen Bas Kota Bharu…hujung minggu kitorang yang amat menyeronokkan!!..

Sekalung budi dan jutaan terima kasih buat tiqah sekeluarga..terima kasih kerana sanggup meluangkan masa bersama kitorang..insya allah ada kesempatan..teringin nak mai lagi..






No comments:

Post a Comment