Tuesday 13 December 2011

bismillahirrahmanirrahim..


Bismillahirrahmanirrahim..hatiku mula berbicara..

Ya Allah Ya Rahman..ku jua punyai hati dan perasaan..ku pendamkan segala-galanya..ku cuba menerima apa yang engkau telah berikan padaku..ujian padaku..Ya Allah,kuatkanlah hambaMu yang lemah ini..ku cuba belajar untuk lebih diam dari banyak bicara..kerana ku tak mahu air mataku menitis lagi untuk perkara yang sia-sia..Ya Allah betapa beratnya ku rasa tanggungan ini..tapi ku percaya semua ini ada hikmahnya…ku cuba untuk menjaga hati ini..ku cuba untuk reda atas apa yang telah berlaku..memaafkan itu lebih indah dari berbuat baik..ku cuba untuk memaafkannya dengan seikhlas hati..agar diri ini tidak lagi rasa dibebani..

Ku tahu..walau berat mana sekalipun..ku mesti menerimanya..biarlah Allah tentukan yang mana terbaik..kerana Allah lebih Mengetahuinya..srikandi dan mujahidah solehah yang kuat tak pernah mengalah bukan?dan tak gentar bukan?bersabarlah atas ujianNya padamu..ujian yang menguji sejauh mana imanmu dan taqarubbmu denganNya..bergantunglah pada Allah..berharaplah padaNya..berserahlah padaNya..bersandarkanlah padaNya..dan berdoalah padaNya..ikhlaskan cintamu wahai srikandi buatNya..

Rasa cinta itu dihadirkanlah olehNya..rasa cinta utama adalah padaNya..rasa cinta itu tidak salah..tapi Allah telah berikan akal pada kita bagaimana untuk menguruskan perasaan itu..kerana cintaNya pada kita yang amat mendalam..kasih dan cinta Nya melebihi murkaNya..jadilah hamba yang selalu menginsafi diri serta mujahadah taqarubb kepadaNya..Allah tidak pernah meninggalkan kita keseorangan walau sesaat sekalipun..tapi kita?muhasabahlah kembali wahai diri..jadilah hamba yang bersyukur padaNya..

Allah telah menyusun perjalanan hidup kita dengan cantik dan indah sekali..kita bagai menaiki sebuah kapal yang akan menuju ke destinasi..destinasi yang abadi..kutiplah dan berbuatlah amal kebaikan kepada sesiapa sahaja wahai srikandi hatta musuhmu..berbuatlah baik kepada mereka semua..mungkin dengan amal kebaikan boleh membantu kehidupanmu yang abadi kelak..

Jagalah hatimu wahai srikandi tercinta..jagalah hatimu..bisikkan pada hati tatkala ia mula mengatakan sesuatu negatif..janganlah mengungkit perkara yang lalu..yang sudah,biarkanlah ia berlalu dan pergi dengan aman..jagalah hati kerana hati lah raja dalam diri seseorang itu..walau ia hanya seketul daging..tapi amat besar padahnya jika kita tidak menjaganya..jagalah hatimu wahai srikandi dari dirosak oleh benda atau perkara-perkara yang boleh merosakkan keindahan hati itu..

Tulislah dan bisiklah jawapan rindumu wahai srikandi pada Allah..Allah tahu menilainya..


Bismillahirrahmanirrahim..suara hatiku meronta untuk diluahkan..

Mana mungkin air dicampurkan dengan minyak..sama sekali ia tetap berada dalam dua keadaan yang berbeza..sama seperti halal dan haram..kedua-dua berada dalam dua keadaan yang berbeza dan tidak bisa bercantum dan disatukan sama sekali..hatta kiamat pun..tiada cinta sebelum sesuatu yang menghalalkan bagi kita .kenikmatan dalam kesesatan akan sentiasa dirasai bak madu bagi mereka yang tidak sedar dalam melakukan kesalahan pada Allah itu.

Allah menyayangi hambaNya dengan mencampakkan rasa sedar dan insaf atas cinta yang belum halal bagi kita.Allah menarik kita dari terus menerus leka dan lalai dengan cinta palsu kerana cintaNya pada kita..kerana cintaNya yang amat dalam untuk kita yang bergelar hamba..bagaimana pula dengan kita?sedarkah kita..insan yang kita cinta akan meninggalkan kita suatu hari nanti..tapi Allah sentiasa ada..bahkan ada di hati mereka yang selalu mengingati Allah dan yang beriman..letakkanlah hanya Allah di hatimu wahai srikandi tercinta…

Tak sesaat pun doa kita dianggap bebanan..bahkan Allah tunaikan..tapi hak Allah ada kita tunaikan?..muhasabah diri kembali wahai srikandi..bersyukurlah atas rahmatNya dan nikmatNya yang tidak terhingga buat kita..tahukah kita bahawa Allah cemburu kita mengasihani makhluk lain selain dariNya..kerana Allah tahu kita amat memerlukanNya..mengalirkan air mata kerana cinta kekasih yang belum halal bagi kta hanya mengundang murka Allah sahaja..

Hari demi hari,kita hanya menambah saham dosa dengan merindui dan berhubung dengan mereka yang bukan halal bagi kita..niat tidak menghalalkan cara duhai srikandi tercinta..tiada istilah couple islamik,couple anta-enti,couple ustaz-ustazah kerana ianya akan membawa ke arah maksiat akhirnya..janganlah dirimu tertipu dengan jarum-jarum sulit syaitan yang akan menyesatkanmu..

Diri kita cerminan pasangan kita nanti..mahu yang soleh tapi tidak membentuk dan membina diri menjadi solehah..adakah itu adil??tepuk dada,tanyalah iman yang setebal kulit bawang itu..bangunlah wahai srikandi,Allah sedang menjaga hati dan dirinya untuk kita dan Allah sedang menjaga hati dan diri kita untuknya..sabar..Allah akan beritahu padanya bahawa tulang rusuknya yang hilang selama ini..ADA DI SINI !!!..

Kenangan silam mengajar kita apa erti semua yang kita lalui itu..sama ada rasanya manis,pahit,masam dan tawar..itu adalah erti hidup..ar rijal yang benar,ikhlas dan tulus adalah mereka yang tidak menyentuh hatimu sehinggalah ia halal baginya..sabarlah atas semua ini..atas semua yang berlaku..walau pahit..tunggu manisnya Allah beri nanti..insya allah ada hadiah yang istimewa Allah simpankan bagi mereka yang menjaga diri..rasa cinta yang utama mestilah diletakkan pada Allah agar jika berlaku ujian atau apa..kita kuat kerana Allah ada di hati..Allah yang memegang hati kita..Allah yang menguatkan hati kita..Allah juga yang menabahkan hati kita..

sabarlah duhai hati..Allah perkenankan doa hambaNya yang memohon padaNya..kuatkanlah diri..simpanlah rasa cintamu pada seorang ar-rijal yang baik dan soleh dengan disandarkan pada Allah SWT..kerana Alah bisa mengurus soal hati kita..Allah bisa menyentuh hatinya untuk kita..berdoalah kerana Allah mahu mendengar apa yang kita hajati walau Allah lebih dahulu tahu dari kita..beritahu Allah..insya allah Allah khabarkan isi hati kita padanya..
bersabarlah dalam memenjarakan nafsu..itu semua kerana mahu menjaga batas-batas syariat antara dirimu dan dirinya..jangan jadi penariknya ke neraka..tetapi jadilah penariknya untuk ke syurga..

baitul muslim yang bahagia tidak terbina atas maksiat-maksiat kita kepada Allah..Allah akan campakkan rasa kasih yang sangat bagi mereka antara an-nisa’ dan ar-rijal yang menjaga diri masing-masing dengan baik sebelum disatukan..jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan yang menutup segala kemurkaan Allah dan kejahatan dengan kebaikan,keseronokan,kecantikan..jagalah dirimu sebaik-baiknya..soleh yang dikau lihat itu..Allah yang campakkan ke dalam dirinya..nilailah dengan mata hati..jadilah orang yang ikhlas beribadat kepada Allah..

tidak perlu lagi mengungkit kisah silam yang lepas..kerana ianya akan menambahkan dosa-dosa serta menghapuskan amalan-amalan kebaikan kita juga pahala yang kita ada..muhasabalah bahawasanya bukan dirinya sahaja yang bersalah tapi dirimu juga bersalah..dan tak perlu tuding jari pada sesiapa..muhasabah kembali dengan iman yang ada..bukan menuding entah siapa..ingat..bentuklah diri dengan muwasofat tarbiah..dan hasil dan kesannya akan dirasai..

Allah menerima taubat hambaNya..memaafkan dengan ikhlas adalah tidak mengungkit-ungkit setelah memaafkannya..biarlah dirinya bahagia dengan apa yang dirinya ada kini..berdoalah jua untuk kesejahteraan serta kebahagiaanya..kerana CINTA ALLAH CINTA YANG ABADI..!!!

Apakah srikandi hebat mudah hanyut dek perasaan dan mudah luntur semangat serta rapuh hatinya dengan ujian?sama sekali tidak..teruslah mara ke hadapan wahai srikandi tercinta..kerana di hadapan itu ada perjuangan yang belum selesai menunggumu..utamakan yang utama...ketepikan soal hati dan perasaan..kejar cita-citamu wahai srikandi..
Ingatlah dan bisiklah pada hati janji-janji Allah pada kekasihNya tatkala hatimu bersedih..Allah beri pahit kerana Allah mahu berikan manisnya kelak..ajarkan sabar pada hati..didik hati dengan perkara-perkara yang baik..bersihkanlah hati dengan sentiasa mengigati dan berzikir kepada Allah..

Hati yang kuat mampu menembusi segalanya..percayalah wahai srikandi tercinta..
Jangan mensia-siakan hidupmu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan melalaikanmu..kejarlah dan tuntutlah ilmu sebanyak mana yang dirimu mampu..cuba itu penting..kerana setiap perkara yang kita lakukan..dinilai oleh Allah SWT..buatlah sesuatu pekerjaan dengan mengigati Allah dan ikhlaskannya kerana Allah..ingatlah..lakukan sesuatu amal kebaikan seperti kita akan mati esok hari..kerana kita tak tahu berapa banyak amal dan pahala yang akan membantu kita kelak..

“segala kepahitan..segala keperitan terima sebagai penghapus dosa..malang yang menimpa..duka yang melara..mungkin di baliknya ada bahgia….”











                                             

No comments:

Post a Comment