Friday 23 December 2011

Negeri jelapang padi..!!!



Wah3..nampaknya hujung minggu lepas..Kedah menjadi pilihan hati untuk bercuti..Alhamdulillah Ya Allah kerana daku diberi kesempatan menikmati dan merasai nikmat2Mu..

Huhu..ada benda penting sebenarnya nak pergi kedah nie..actually,tak sabar nak tengok sawah padi secara dekat..dan..teeettt..

Betapa hebatnya ujian sepanjang malam di dalam bas..agaknya pertama kali..huhu..dah masuk Negeri Kedah barulah aku boleh lelapkan mata dengan tenang dan lena..

Setiba di Negeri Jelapang padi dari Terminal Shahab Perdana kitorang disambut oleh pak teh dan mak teh..mamai2 turun bas tempat pertama yang kitorang pergi adalah Pasar Borong (seakan Pasar Borong Selayang) beroperasi dari 2pagi-9pagi..mak teh dan pak teh turun beli barang2 basah dan kitorang yang mamai tadi sambung tidur dalam kereta..

Perjalanan yang agak jauh dari Terminal Shahab Perdana ke Kota Sarang Semut..huhu..ingatkan dekat laa..jauh rupanya..Tiba di Kota Sarang Semut..solat subuh berjemaah di Surau Kg.Air Nyior..emm..tak sedar bila imam dah abis baca doa,rupanya aku dah sampai entah ke mana dah(rasa macam zaman sekolah dulu,imam baca doa lepas solat subuh..aku dah melayang entah ke mana..huhu)..kat surau neh kebiasaannya lepas solat subuh akan ada ala2 breakfast..lepas subuh tu kitorang menikmati nasi lemak bungkus laa..kemudian barulah ke rumah tiqah..ingatkan dari Terminal Shahab Perdana kitorang akan terus ke rumah tiqah..tapi..banyak stesyen yang kitorang tempuh dulu..huhu

Tiba di rumah tiqah..kitorang rehat dan tidur sebentar..kemudian,fatin dan tiqah menaiki gerek(basikal) mengelilingi kampung..teruja laa katakan..rafi tolong mak teh siang ikan..wahh best err bercuti kat kampung neh..yela dulu ada laa kampung cenggini..sekarang takde dah..huishh lagi bila jumpa air kolah..
Kebetulan hari ini ada pasar tani..kitorang menaiki cik kancil turquoise bersiar2 sekitar kota sarang semut..beshh err..beli makanan kat pasar tani..kemudian kitorang pergi tepi pantai yang surut..makan2 kat situ..




Selepas solat jumaat..kitorang jalan dengan keluarga tiqah mengelilingi sekitar Bandar Alor Setar..emm langit pun nampak segan2 nak panas..jadi kitorang berlari2 untuk tangkap gambar kat Pekan Rabu..alhamdulillah nasib baik kejap je hujan..jauh rupanya Muzium Padi neh..elok sampai kat Muzium Padi neh..tinggal 30minit je masa sebelum muzium padi neh tutup..ya allah lagi sekali kitorang berkejar kejaran nak tengok semua yang ada dalam muzium padi neh..amat menarik dan cukup teruja..nak lawat Pusat Aqua yang berhadapan dengan Muzium Padi neh tak sempat sebab dah tutup..lain kali je laa yeh..kemudian kitorang menziarahi tok sedara tiqah yang sedang nazak di hospital..tatkala menziarahi tok sedara tiqah neh..teringat semua apa yang aku dah belajar dan bentang tentang pengurusan jenazah waktu tutorial minggu tersebut..dan yang paling penting waktu neh,kita semua kena ingat bahawa setiap yang mula akan ada akhirnya..dan setiap yang hidup akan mati..

Selepas  ziarah tok sedara tiqah tu..kitorang bergambar di dataran depan Masjid Zahir,Muzium Adat,Balai Seni sambil menunggu masuknya waktu maghrib..selepas menunaikan solat maghrib di Masjid Zahir..kitorang berkelah laksa dan mee goreng depan Masjid Zahir sambil bergambar di ICT Alor Setar..cantik Bandar Alor Setar neh malam2..tengok Menara Alor Setar je laa yang mampu..tak sempat naik pun..haha..









Sakan penatnya berjalan seharian neh…bila melangkah masuk rumah je..emm..

Emm..awal2 pagi lagi kitorang dah masuk bendang..pengalaman yang tak dapat dilupakan..takut sangat nak masuk dalam bendang neh..ceh konon nak buat eksperimen bendang neh sedalam mana dan apa yang ada dalam bendang neh..jadi pagi tu kitorang merasmikan bendang pak teh..huhu..sampai terjatuh dalam bendang..ya allah baunya amatlah mengancam..haha..serius aku tak mau masuk dalam bendang lagi..tu pun pakai kasut bot setinggi lutut..tanpa kasut tu,aku tak tau laa apa jadi..geli!!!..punyanye nak minum air kelapa segar..merasa laa aku pulas buah kelapa dari pokok..hebat..pakai tangan je..

Kemudian kitorang ziarah tok sedara tiqah yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 12 malam semalam..kitorang tunggu dari jenazah dimandikan,dikafankan dan nak dihantar ke tanah perkuburan..lepas pada tu kitorang pergi kenduri kahwin abang aisyah kuddus..tahniah aisyah dapat kakak ipar yang pertama! Emm..kitorang solat di Surau Haji Jaffar berdekatan kenduri..




Seterusnya kitorang bertolak ke Gunung Jerai..jauh sangat dari Kota Sarang Semut..kitorang mendaki dan bergambar di kaki Gunung Jerai..suasana kat atas Gunung Jerai neh memang cantik dan nyaman..sejuk kat atas neh..tinggi dari paras laut tapi tak sampai laa ke puncaknya sebab kitorang mengejar masa nak pusing tempat lain lagi..kemudian kitorang melawat candi2 di Lembah Bujang..banyaknya candi..memandangkan ini tempat nenek moyang dan asal usul kedatangan orang india,maka pada hari yang kitorang lawat tempat neh..ramai laa pelawat2 india juga..huhu..kitorang lalu Merbok (UITM dan AIMST University) UITM Merbok ada karnival buah-buahan hari tu..maaf fiq..hanya mampu lalu di depan UITMmu sahaja..ada jodoh kita jumpa ehh..lepas tu kitorang ke Tanjung Dawai..
















Mulanya tengok Pantai Merdeka dari seberang je..lepas tu ajak pak teh nak tengok Pantai Merdeka..memberanikan diri menaiki bot walau fobia dengan air2 neh..huhu..best tau tak naik bot tu!!!..dalam masa yang singkat tu sempat kitorang berkelah kat Pantai Merdeka..berkelah dengan bihun sup yang mak teh masak dari rumah..dah makan..kitorang pun jalan2 kat expo dan karnival jualan kat situ..ramainya orang hujung minggu neh..










Sebelum pukul 6 petang,perkhidmatan bot untuk ke Jeti Tanjung Dawai dari Pantai Merdeka akan berakhir..jadi kitorang kembali semula ke Jeti Tanjung Dawai..kalau tak naya je kena bermalam kat pantai tu..huhu..tak mau..kemudian kitorang sempat lalu Pantai Murni..Pantai Murni neh selalu air pasang..orang sini panggil air besar..jadi memang tak boleh mandi laa..kitorang dapat lihat Pulau Bunting dari jauh je sebab hari pun dah nak malam kan..pulau neh seakan wanita hamil yang sedang baring..serius serupa..









Balik tu kitorang lalu Yan..tengok suasana sekitar je laa..kemudian lalu Sungai Petani..dan kitorang ziarah pak sedara tiqah di Hospital Sungai Petani..semoga cepat sembuh ye pak cik!..kemudian kitorang pulang ke Kota Sarang Semut..tu dia jauh kami berjalan seharian neh..sebelum sampai rumah tiqah,kitorang singgah kejap kat rumah mak sedara tiqah..huhu..sempat laa bergambar suasana matahari nak terbenam kat bendang neh..cantik!..lepas tu kitorang terus pulang ke rumah tiqah..siap2 untuk pulang ke Kelantan..






Malam tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa penatnya kitorang..kitorang menunggu bas di Terminal Shahab Perdana..dan tidur mati hingga Stesyen Bas Kota Bharu…hujung minggu kitorang yang amat menyeronokkan!!..

Sekalung budi dan jutaan terima kasih buat tiqah sekeluarga..terima kasih kerana sanggup meluangkan masa bersama kitorang..insya allah ada kesempatan..teringin nak mai lagi..






Tuesday 13 December 2011

bisikkan pada qalbu yeh! ...


sepenuh cinta buatmu . .

Tak perlu mengejar cinta ! kerana kita akan terjatuh , luka , dan kecewa sahaja . . semakin kita mengejarnya , semakin laju ia lari dari kita . . kerana ini bukan masanya . . ia cuma datang bertandang hanya untuk  menguji sekuat mana iman dan hatimu wahai sayang . . ia tidak akan berhenti berlari menjauhi kita selagi mana kita mengejarnya . . ia akan datang pada kita pada masa yang telah ditetapkan ILAHI nanti . . ingatlah . . didik hati dan selalu pesankan pada hatimu wahai sayang . . percayalah apabila kita menjaga hati dan membiarkan dari melakukan kerja bodoh (mengejar dan mencari cinta ajnabi) , cinta itu akan datang pada kita suatu hari nanti . . pada masa dan waktu yang sesuai dan sepatutnya . . wahai srikandi tarbiah , ketepikanlah dulu soal hati dan perasaan . . kemana hilangnya kekuatanmu untuk menempuhi ujian yang satu ini . . jangan mudah mengeksperisasikan suka , minat dan rasa tertarik pada sesuatu . . serahkanlah ia pada PENCIPTA yang mencipta qalbumu sayang . . berilah pada ALLAH untuk memegangnya . . mengejar cinta ajnabi ibarat kejar - lari - kejar – lari kemudian jatuh tersembam dalam tahi lembu depan orang ramai ! ! ! YA ALLAH ! mega malu rasanya ! jangan meminta jika dia bukan untuk kita . . mana tahu ALLAH sudah tetapkan yang dirimu akan dapat yang lebih baik dari itu ! husnu zhon dengan ALLAH . . jangan meminta yang bukan untukmu wahai sayang . . . kerana mungkin dia milik orang lain yang ALLAH pinjamkan baginya . . apalah punya rugi jika masa mudamu ini hanya berfikir dalam kotak sahaja . . berfikirlah dari luar kotak sama . . kerana mungkin adanya sesuatu yang lebih baik dan menarik dan memajukan dirimu wahai sayang .  lepaskanlah , tepiskanlah , dan tangkislah perasaan – perasaan ini dari hatimu wahai sayang . . jalanilah hidup luarbiasa . . luarbiasa dari kebiasaan . . bukan untuk siapa – siapa pun tapi untuk kejayaan dan kemajuan diri sendiri juga . . hidup aman dari jatuh hati pada ajnabi . . sekuat mana ujian dan mehnah yang diuji padamu wahai sayang . . ingatlah bahawasanya ALLAH ada untuk memegang hatimu . . serahkanlah sepenuh hatimu wahai sayang pada yang mencipta qalbumu itu !

                                                     ~ wassalam ~      

bismillahirrahmanirrahim..


Bismillahirrahmanirrahim..hatiku mula berbicara..

Ya Allah Ya Rahman..ku jua punyai hati dan perasaan..ku pendamkan segala-galanya..ku cuba menerima apa yang engkau telah berikan padaku..ujian padaku..Ya Allah,kuatkanlah hambaMu yang lemah ini..ku cuba belajar untuk lebih diam dari banyak bicara..kerana ku tak mahu air mataku menitis lagi untuk perkara yang sia-sia..Ya Allah betapa beratnya ku rasa tanggungan ini..tapi ku percaya semua ini ada hikmahnya…ku cuba untuk menjaga hati ini..ku cuba untuk reda atas apa yang telah berlaku..memaafkan itu lebih indah dari berbuat baik..ku cuba untuk memaafkannya dengan seikhlas hati..agar diri ini tidak lagi rasa dibebani..

Ku tahu..walau berat mana sekalipun..ku mesti menerimanya..biarlah Allah tentukan yang mana terbaik..kerana Allah lebih Mengetahuinya..srikandi dan mujahidah solehah yang kuat tak pernah mengalah bukan?dan tak gentar bukan?bersabarlah atas ujianNya padamu..ujian yang menguji sejauh mana imanmu dan taqarubbmu denganNya..bergantunglah pada Allah..berharaplah padaNya..berserahlah padaNya..bersandarkanlah padaNya..dan berdoalah padaNya..ikhlaskan cintamu wahai srikandi buatNya..

Rasa cinta itu dihadirkanlah olehNya..rasa cinta utama adalah padaNya..rasa cinta itu tidak salah..tapi Allah telah berikan akal pada kita bagaimana untuk menguruskan perasaan itu..kerana cintaNya pada kita yang amat mendalam..kasih dan cinta Nya melebihi murkaNya..jadilah hamba yang selalu menginsafi diri serta mujahadah taqarubb kepadaNya..Allah tidak pernah meninggalkan kita keseorangan walau sesaat sekalipun..tapi kita?muhasabahlah kembali wahai diri..jadilah hamba yang bersyukur padaNya..

Allah telah menyusun perjalanan hidup kita dengan cantik dan indah sekali..kita bagai menaiki sebuah kapal yang akan menuju ke destinasi..destinasi yang abadi..kutiplah dan berbuatlah amal kebaikan kepada sesiapa sahaja wahai srikandi hatta musuhmu..berbuatlah baik kepada mereka semua..mungkin dengan amal kebaikan boleh membantu kehidupanmu yang abadi kelak..

Jagalah hatimu wahai srikandi tercinta..jagalah hatimu..bisikkan pada hati tatkala ia mula mengatakan sesuatu negatif..janganlah mengungkit perkara yang lalu..yang sudah,biarkanlah ia berlalu dan pergi dengan aman..jagalah hati kerana hati lah raja dalam diri seseorang itu..walau ia hanya seketul daging..tapi amat besar padahnya jika kita tidak menjaganya..jagalah hatimu wahai srikandi dari dirosak oleh benda atau perkara-perkara yang boleh merosakkan keindahan hati itu..

Tulislah dan bisiklah jawapan rindumu wahai srikandi pada Allah..Allah tahu menilainya..


Bismillahirrahmanirrahim..suara hatiku meronta untuk diluahkan..

Mana mungkin air dicampurkan dengan minyak..sama sekali ia tetap berada dalam dua keadaan yang berbeza..sama seperti halal dan haram..kedua-dua berada dalam dua keadaan yang berbeza dan tidak bisa bercantum dan disatukan sama sekali..hatta kiamat pun..tiada cinta sebelum sesuatu yang menghalalkan bagi kita .kenikmatan dalam kesesatan akan sentiasa dirasai bak madu bagi mereka yang tidak sedar dalam melakukan kesalahan pada Allah itu.

Allah menyayangi hambaNya dengan mencampakkan rasa sedar dan insaf atas cinta yang belum halal bagi kita.Allah menarik kita dari terus menerus leka dan lalai dengan cinta palsu kerana cintaNya pada kita..kerana cintaNya yang amat dalam untuk kita yang bergelar hamba..bagaimana pula dengan kita?sedarkah kita..insan yang kita cinta akan meninggalkan kita suatu hari nanti..tapi Allah sentiasa ada..bahkan ada di hati mereka yang selalu mengingati Allah dan yang beriman..letakkanlah hanya Allah di hatimu wahai srikandi tercinta…

Tak sesaat pun doa kita dianggap bebanan..bahkan Allah tunaikan..tapi hak Allah ada kita tunaikan?..muhasabah diri kembali wahai srikandi..bersyukurlah atas rahmatNya dan nikmatNya yang tidak terhingga buat kita..tahukah kita bahawa Allah cemburu kita mengasihani makhluk lain selain dariNya..kerana Allah tahu kita amat memerlukanNya..mengalirkan air mata kerana cinta kekasih yang belum halal bagi kta hanya mengundang murka Allah sahaja..

Hari demi hari,kita hanya menambah saham dosa dengan merindui dan berhubung dengan mereka yang bukan halal bagi kita..niat tidak menghalalkan cara duhai srikandi tercinta..tiada istilah couple islamik,couple anta-enti,couple ustaz-ustazah kerana ianya akan membawa ke arah maksiat akhirnya..janganlah dirimu tertipu dengan jarum-jarum sulit syaitan yang akan menyesatkanmu..

Diri kita cerminan pasangan kita nanti..mahu yang soleh tapi tidak membentuk dan membina diri menjadi solehah..adakah itu adil??tepuk dada,tanyalah iman yang setebal kulit bawang itu..bangunlah wahai srikandi,Allah sedang menjaga hati dan dirinya untuk kita dan Allah sedang menjaga hati dan diri kita untuknya..sabar..Allah akan beritahu padanya bahawa tulang rusuknya yang hilang selama ini..ADA DI SINI !!!..

Kenangan silam mengajar kita apa erti semua yang kita lalui itu..sama ada rasanya manis,pahit,masam dan tawar..itu adalah erti hidup..ar rijal yang benar,ikhlas dan tulus adalah mereka yang tidak menyentuh hatimu sehinggalah ia halal baginya..sabarlah atas semua ini..atas semua yang berlaku..walau pahit..tunggu manisnya Allah beri nanti..insya allah ada hadiah yang istimewa Allah simpankan bagi mereka yang menjaga diri..rasa cinta yang utama mestilah diletakkan pada Allah agar jika berlaku ujian atau apa..kita kuat kerana Allah ada di hati..Allah yang memegang hati kita..Allah yang menguatkan hati kita..Allah juga yang menabahkan hati kita..

sabarlah duhai hati..Allah perkenankan doa hambaNya yang memohon padaNya..kuatkanlah diri..simpanlah rasa cintamu pada seorang ar-rijal yang baik dan soleh dengan disandarkan pada Allah SWT..kerana Alah bisa mengurus soal hati kita..Allah bisa menyentuh hatinya untuk kita..berdoalah kerana Allah mahu mendengar apa yang kita hajati walau Allah lebih dahulu tahu dari kita..beritahu Allah..insya allah Allah khabarkan isi hati kita padanya..
bersabarlah dalam memenjarakan nafsu..itu semua kerana mahu menjaga batas-batas syariat antara dirimu dan dirinya..jangan jadi penariknya ke neraka..tetapi jadilah penariknya untuk ke syurga..

baitul muslim yang bahagia tidak terbina atas maksiat-maksiat kita kepada Allah..Allah akan campakkan rasa kasih yang sangat bagi mereka antara an-nisa’ dan ar-rijal yang menjaga diri masing-masing dengan baik sebelum disatukan..jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan yang menutup segala kemurkaan Allah dan kejahatan dengan kebaikan,keseronokan,kecantikan..jagalah dirimu sebaik-baiknya..soleh yang dikau lihat itu..Allah yang campakkan ke dalam dirinya..nilailah dengan mata hati..jadilah orang yang ikhlas beribadat kepada Allah..

tidak perlu lagi mengungkit kisah silam yang lepas..kerana ianya akan menambahkan dosa-dosa serta menghapuskan amalan-amalan kebaikan kita juga pahala yang kita ada..muhasabalah bahawasanya bukan dirinya sahaja yang bersalah tapi dirimu juga bersalah..dan tak perlu tuding jari pada sesiapa..muhasabah kembali dengan iman yang ada..bukan menuding entah siapa..ingat..bentuklah diri dengan muwasofat tarbiah..dan hasil dan kesannya akan dirasai..

Allah menerima taubat hambaNya..memaafkan dengan ikhlas adalah tidak mengungkit-ungkit setelah memaafkannya..biarlah dirinya bahagia dengan apa yang dirinya ada kini..berdoalah jua untuk kesejahteraan serta kebahagiaanya..kerana CINTA ALLAH CINTA YANG ABADI..!!!

Apakah srikandi hebat mudah hanyut dek perasaan dan mudah luntur semangat serta rapuh hatinya dengan ujian?sama sekali tidak..teruslah mara ke hadapan wahai srikandi tercinta..kerana di hadapan itu ada perjuangan yang belum selesai menunggumu..utamakan yang utama...ketepikan soal hati dan perasaan..kejar cita-citamu wahai srikandi..
Ingatlah dan bisiklah pada hati janji-janji Allah pada kekasihNya tatkala hatimu bersedih..Allah beri pahit kerana Allah mahu berikan manisnya kelak..ajarkan sabar pada hati..didik hati dengan perkara-perkara yang baik..bersihkanlah hati dengan sentiasa mengigati dan berzikir kepada Allah..

Hati yang kuat mampu menembusi segalanya..percayalah wahai srikandi tercinta..
Jangan mensia-siakan hidupmu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan melalaikanmu..kejarlah dan tuntutlah ilmu sebanyak mana yang dirimu mampu..cuba itu penting..kerana setiap perkara yang kita lakukan..dinilai oleh Allah SWT..buatlah sesuatu pekerjaan dengan mengigati Allah dan ikhlaskannya kerana Allah..ingatlah..lakukan sesuatu amal kebaikan seperti kita akan mati esok hari..kerana kita tak tahu berapa banyak amal dan pahala yang akan membantu kita kelak..

“segala kepahitan..segala keperitan terima sebagai penghapus dosa..malang yang menimpa..duka yang melara..mungkin di baliknya ada bahgia….”